Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Iqram Dinzly Makan Hati Fouziah Ghous Bertunang?

                                                            Pertunangan  Fouziah Ghous

                                                            Majlis pertunangan pelakon jelita Fouziah Ghous atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, dengan pilihan  hatinya,Md Zhafran Md Yusof, 30, khabarnya telah pun berlangsung dengan meriah pada 1 Jun 2013 lalu.

                                                            Namun disebalik kemeriahan majlis khabarnya terdapat insan lain yang terluka. Insan itu tidak lain tidak bukan adalah Iqram Dinzly yang juga salah seorang pelakon lelaki popular dan sering dikaitkan dengan Fouziah.

                                                            Apa pula kata Iqram? Benarkah anggapan ramai yang dia makan hati kerana pertunangan itu?
                                                            Bacakan jawapannya...


                                                            Apa Kata Iqram Dinzly tentang pertunangan Fouziah?


                                                            Berikut kenyataannya yang dipetik dari Mstar Online:

                                                            "Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.

                                                            "Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujarnya.

                                                            Benarkah Iqram makan hati hingga berat badan turun mendadak?


                                                            "Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.

                                                            "Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya.

                                                            Pilihan Berkaitan:



                                                            Tags:Pertunangan Fouziah Ghous, Iqram Dinzly

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib