Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Biografi Seniman Agung P. Ramlee

                                                            Asal-usul:

                                                            P. Ramlee Lahir di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929. P Ramlee merupakan anak pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

                                                            Pendidikan:

                                                            Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.


                                                            Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

                                                            Kerjaya lakonan:

                                                            Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal).

                                                            Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

                                                            Perkahwinan:
                                                            P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

                                                            Anak-anak:
                                                            P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

                                                            1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
                                                            2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
                                                            3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
                                                            4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
                                                            5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
                                                            6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
                                                            7. Betty : Anak angkat
                                                            8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
                                                            9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
                                                            10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

                                                            Penghargaan:
                                                            P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

                                                            Allahyarham juga telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

                                                            Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986.

                                                            Di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

                                                            Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee.

                                                            Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

                                                            Sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

                                                            Satu pementasan teater muzikal mengenai kisah hidup P Ramlee telah dipersembahkan dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi" sebagai pengiktirafan kepada allahyarham.



                                                            Pemergian:
                                                            P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur.

                                                            Senarai filem lakonan P. Ramlee

                                                            Filem lakonan Tan Sri Dr. P. Ramlee mengikut turutan huruf:

                                                            1. Abu Hassan Penchuri (1955)
                                                            2. Ahmad Albab (1968)
                                                            3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
                                                            4. Aloha (1950)
                                                            5. Anak Bapak (1968)
                                                            6. Anak-ku Sazali (1956)
                                                            7. Anjoran Nasib (1952)
                                                            8. Antara Dua Darjat (1960)
                                                            9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
                                                            10. Bakti (1950)
                                                            11. Bujang Lapok (1957)
                                                            12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
                                                            13. Chinta (1948) (Filem pertama)
                                                            14. Dajal Suchi (1965)
                                                            15. Di Belakang Tabir (1969)
                                                            16. Do Re Mi (1966)
                                                            17. Doktor Rushdi (1970)
                                                            18. Enam Jahanam (1969)
                                                            19. Gelora (1970)
                                                            20. Gerimis (1968)
                                                            21. Hang Tuah (1956)
                                                            22. Hujan Panas (1953)
                                                            23. Ibu (1953)
                                                            24. Ibu Mertuaku (1962)
                                                            25. Jangan Tinggal Daku (1971)
                                                            26. Juwita (1951)
                                                            27. Kanchan Tirana (1969)
                                                            28. Keluarga 69 (1967)
                                                            29. Labu Dan Labi (1962)
                                                            30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
                                                            31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan bersama Saloma keluaran Shaw Brothers Hong Kong)
                                                            32. Madu Tiga (1964)
                                                            33. Masam Masam Manis (1965)
                                                            34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
                                                            35. Merana (1954)
                                                            36. Miskin (1952)
                                                            37. Musang Berjanggut (1959)
                                                            38. Nasib (1949)
                                                            39. Nasib Do Re Mi (1966)
                                                            40. Nasib Si Labu Labi (1963)
                                                            41. Nilam (1949)
                                                            42. Noor Asmara (1949)
                                                            43. Nujum Pak Belalang (1959)
                                                            44. Pancha Delima (1957)
                                                            45. Panggilan Pulau (1954)
                                                            46. Patah Hati (1952)
                                                            47. Penarek Becha (1955)
                                                            48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
                                                            49. Penghidupan (1951)
                                                            50. Perjodohan (1954)
                                                            51. Putus Harapan (1953)
                                                            52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
                                                            53. Rachun Dunia (1950)
                                                            54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
                                                            55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
                                                            56. Se Merah Padi (1956)
                                                            57. Sedarah (1952)
                                                            58. Sejoli (1951)
                                                            59. Seniman Bujang Lapok (1961)
                                                            60. Sarjan Hassan (1958)
                                                            61. Sesudah Suboh (1967)
                                                            62. Siapa Salah (1953)
                                                            63. Sitora Harimau Jadian (1964)
                                                            64. Sumpah Orang Minyak (1958)
                                                            65. Takdir Illahi (1950)
                                                            66. Tiga Abdul (1964)

                                                            Tags: Biografi P. Ramlee, asal usul P Ramlee, Kisah hidup seniman agung P Ramlee, Filem P Ramlee, Lagu P Ramlee

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib