Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Bunkface Muncul Dengan Album Pertama


                                                            JOSAFRI (berdiri empat dari kiri) dan Adly (tiga dari kanan) bersama Bunkface dan band-band indie yang bakal menjayakan Parti Eksklusif One Drop Perfumes bersama X FM di Pahang, November nanit.


                                                            DISEMBER ini, band indie popular, Bunkface yang dianggotai Sam selaku vokalis dan pemain gitar kedua, Paan (gitar utama) serta Youk (pemain bass dan penyanyi latar) bakal muncul dengan album sulung mereka.

                                                            Memuatkan 10 buah lagu iaitu enam lagu berbahasa Inggeris dan selebihnya bahasa Melayu, album yang masih belum memiliki judulnya ini pastinya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Bunkface sendiri malah peminat setia mereka.

                                                            Bagi Bunkface, album terbitan Bunkface Production itu akan menjadi tiket untuk mereka melebarkan sayap khususnya ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

                                                            Melangkaui sempadan tiga negara itu, Bunkface juga merancang untuk mencuba pasaran di negara-negara lain dengan mempertaruhkan lagu-lagu berbahasa Inggeris mereka.

                                                            Berkonsepkan pop punk, usaha ke arah penghasilan album berkenaan sudah dimulakan sejak tahun lepas lagi.

                                                            Menurut Youk, sama seperti kebanyakan band indie lain, Bunkface akan terlibat secara langsung dalam apa jua aktiviti pemasaran, pengedaran dan promosi album.

                                                            ''Apabila dilancarkan nanti, kami akan mengadakan promosi bergerak seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

                                                            ''Soal promosi, ia akan memfokus kepada Malaysia terlebih dahulu dan selepas itu, barulah kami akan berbincang untuk melangkah ke Singapura atau Indonesia.

                                                            ''Untuk tempoh promosi, kami sendiri akan menjual album tersebut dan selepas itu, mungkin kami akan mencari pengedar pula,'' katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Parti Eksklusif One Drop Perfumes bersama X FM di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

                                                            Hadir sama, Pengurus Rancangan X FM, Adly Syairi Ramly dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop, Josafri Johari.

                                                            Parti Eksklusif One Drop Perfumes bersama X FM akan diadakan 7 November ini di Impiana Cherating, Pahang.

                                                            Terbuka hanya untuk 100 pendengar X FM dan pengguna One Drop Perfumes bertuah, selain Bunkface, parti itu akan disertai Pop Shuvit, Hujan, Altimet, Pesawat dan Stonebay.

                                                            Untuk menjadi salah seorang pemenang, peminat perlu menghubungi studio X FM sepanjang tempoh peraduan iaitu dari 26 Oktober hingga 2 November.

                                                            Pemanggil pertama perlu menjawab dengan tepat soalan-soalan yang berkisar tentang X FM dan One Drop Perfumes.

                                                            Menyambung bicara, Youk berkata, untuk album sulung itu, ia akan menggabungkan lagu-lagu lama dan baru Bunkface.

                                                            ''Kecuali Silly Lily, lagu-lagu yang pernah popular sebelum ini akan dimuatkan dalam album berkenaan.

                                                            ''Baru-baru ini, Bunkface muncul dengan single Melayu ketiga berjudul Ekstravaganza. Lagu itu juga akan diselitkan dalam album terbaru termasuk dua lagi lagu Melayu iaitu Situasi dan Revolusi.

                                                            ''Ini bermakna, akan ada sebuah lagi lagu berbahasa Melayu yang bakal Bunkface hasilkan untuk album sulung,'' katanya.

                                                            Sementara itu, Paan menjelaskan bahawa untuk menghasilkan album sulung, Bunkface tidak menghadapi masalah untuk mencari lagu.

                                                            Ujarnya, kesemua lagu-lagu berkenaan adalah hasil kreatif Sam sendiri.

                                                            ''Tidak berapa susah hendak mencari lagu. Tetapi yang paling susah dan mencabar adalah lagu-lagu itu perlulah bersesuaian dengan identiti Bunkface.

                                                            ''Lagu-lagu yang dihasilkan untuk album lebih kepada soal kehidupan dan perihal dunia,'' jelasnya.

                                                            Langkah ke Perth dan Maldives

                                                            Dalam pada itu, Youk yang ditanya mengenai langkah Bunkface ke luar negara berkata, pada 16 hingga 18 Oktober lalu, Bunkface telah diundang ke Perth, Australia sempena festival One Movement For Music (OMFM).

                                                            Pemilihan Bunkface ke OMFM adalah berdasarkan kepada kemenangan besar yang ditempah Bunkface ketika anugerah Shout! Award, beberapa bulan lalu.

                                                            Kemenangan itu telah membuka mata pihak penganjuran OMFM untuk menjemput Bunkface ke Perth dan sekali gus memberi ruang mengadakan persembahan selama 30 minit.

                                                            ''Ini adalah persembahan pertama Bunkface di luar negara. Berbangga jugalah kerana kami mewakili Malaysia untuk pentas antarabangsa ini.

                                                            ''Bukan hanya sekadar mengadakan persembahan, sudah tentu Bunkface berusaha mencari peluang dan hubungan dengan penggiat-penggiat muzik luar.

                                                            ''Sebab itu, album sulung kami mengutamakan lagu-lagu berbahasa Inggeris bagi membolehkan lagu berkenaan menembusi pasaran luar,'' kata Youk penuh bangga.

                                                            Selain Perth, ujar Youk, Bunkface juga akan terbang ke Maldives pada bulan depan (November) untuk menyertai sebuah pertandingan Battle Of The Band.

                                                            ''Dengan kedua-dua persembahan di luar itu, Bunkface mengharapkan ia akan menjadi jambatan buat kami meluaskan pengaruh,'' tegasnya.

                                                            Sumber: Utusan Online

                                                            Kategori: Lagu Baru Bunkface, Lagu Ekstravaganza, Album Pertama Bunkface,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib